nuffnang adds

Thursday 10 November 2016

Tips berkawan bila bestfriend 2 tahun lagi muda

Assalamualaikum wbt


Masa berlalu sumpah cepat. Last aku update blog november 2015. Sekarang dah november 2016. Memang banyak benda yang aku hadapi. Memang aku tak sangka akan berkawan rapat dengan budak-budak ni. Aku ambil langkah yang agak drastik bila tahun 2014 bulan 6 tu aku patutnya masuk Second Year Degree , BBA in Marketing Management tapi aku pindah masuk UiTM ambil Diploma in Mechanical Engineering. Ramai orang cakap cubalah habiskan , lagi 2 tahun nak habis. Kalau patah balik lagi lama lah nak habis. Aku tetap dengan keputusan aku. Memang aku pindah masuk UiTM. Menyesal? Bohong lah kalau aku cakap tak menyesal. Tapi setiap kejadian ada hikmah. Satu persatu hikmah datang lepas aku pindah masuk UiTM. 

Salah satu hikmahnya ialah dapat kenal dengan diorang. Dalam banyak-banyak group kelas batch kitorang, group kelas kitorang paling ramai perempuan. Tu yang best. Tambah-tambah lagi budak lelaki group aku memang baik. Hormat aku sebagai akak. Alhamdulillah. Aku rasa bertuah sangat duduk dalam group tu. Belum cakap lagi kalau bab-bab siapkan assignment apa semua. Siapkan tutor, buat projek, study untuk final. Part tu aku memang salute dekat diorang semua. Sentiasa bekerjasama untuk selesaikan sesuatu masalah tu. Tak tahu nak describe perasaan akak dekat korang, bila teringat balik memang rasa sebak giler. Daripada sem 1 sampai sem 5 dengan diorang. Sem 6 semua praktikal, so memang tak tahu lah bila boleh jumpa lagi.

Kenangan paling manis dengan diorang semua, berbuka puasa sama-sama satu kelas, pergi jalan raya , tahun 2015 beraya rumah dak kelas yang duduk sekitar Johor, tahun 2016, beraya rumah dak kelas sekitar KL dan Negeri Sembilan. Selama aku hidup, memang tu lah first time aku keluar jalan-jalan jauh macam tu. Selalu dengan family je, Haha Memang kalau keluar, aku keluar dengan family je, Keluar dengan kawan tu memang aku boleh kira dengan jari lah. heh Bertuah sangat dapat kenal dengan korang semua. Group D a.k.a El Clasico sentiasa di hati. Kalau korang baca, I just want to say terima kasih sebab bagi kenangan manis dalam hidup akak. Sayang korang semua!

Memandangkan rata-rata kawan aku bawah umur aku,tiba-tiba timbul idea nak bagi tips berkawan. Siapa je tak ada duka dalam berkawan kan. Tak semuanya manis. Tips ni berdasarkan pengalaman aku dan pemerhatian yang aku buat selama aku belajar dekat UiTM tu. heh

Tips-tipsnya



1. Jangan ambil hati sangat - Memang part ni paling susah aku cakap. Aku ni dah tua, kadang-kadang level sensitif aku paling tinggi. Tu aku mengaku. Haha Sejak berkawan dengan diorang, aku belajar jangan nak ambil hati sangat dengan diorang sebab diorang bawah aku. Tetapi kadang-kadang tu adalah jugak terasa. Tipulah kalau cakap tak ada. Kalau aku terasa, aku akan diam dulu dalam beberapa jam. Then baru aku bagitahu diorang tak pun tulis surat. Nak merajuk lama-lama macam tak best sebab nak siapkan banyak projek jumpa juga dengan orang yang buat korang terasa kan. Heal kan cepat hati tu. Buang masa je nak merajuk lama-lama. 

2. Jangan lebihkan sesiapa - Maksud aku jangan lebihkan sesiapa ialah bila kau berkawan dan kawan yang rapat dengan kau ialah dua orang contohnya. Jangan lebihkan sesiapa. Kalau boleh layan sama rata. Kalau dapat yang suka terasa dan dia terasa dengan kau, memang kerja kau kena memujuklah. Memang susah nak faham dengan situasi orang yang terasa sebab kita bukan di tempat diorang. Memang kita susah nak jaga hati orang. Tapi atleast, tolong lah faham dengan keadaan orang yang terasa. Takpun cuba fahamkan dia. Takut orang yang terasa tu salah anggap tu yang dia terasa. Terasa dipinggirkan dan sebagainya. 

3. Jangan pentingkan diri - Bila kau tengok antara kawan kau ada masalah cuba ambil tahu. Tapi kalau dia taknak cerita ,jangan kau paksa pulak. Atleast kau dah cuba tanya. Tak adalah kawan kau rasa tak ada orang ambil berat pasal dia. Cerita ke tak belakang cerita. Bila kau boleh tolong, tolong lah mana yang mampu. Kalau tak boleh tolong, jadi pendengar pun jadilah. 

4. Jangan kedekut nak cakap terima kasih dan minta maaf - Memang terima kasih dan minta maaf senang nak sebut tapi tak selalu kita amalkan. Dengan dua perkataan ni orang akan rasa dihargai ataupun tak dihargai. Sebab apa aku cakap macam tu? Terima kasih akan buatkan penat lelah sesorang tu dihargai. Orang dah tolong, takkan tak nak cakap terima kasih. Lepasni orang tu tak tolong jangan salah kan dia. Sentiasa lah minta maaf dengan kesilapan yang kita buat sama ada sedar ataupun tak. Sebab kita bukannya selalu alert dengan perasaan orang. Takut ada yang makan hati dengan kita.

5. Open table - Open table ni memang aku sarankan lah. Sebab segala rasa tak puas hati apa semua dapat dikeluarkan dan selesaikan sama-sama. Tapi aku rasa tak semua yang diluahkan masa ni sebab dengan adanya konsep jaga hati. Aku selalu cakap dengan diorang, cerita sini habis sini. Lepas ni jangan nak ungkit apa semua. Haha. Dengan open table ni dapat tenangkan hati. Serius. 

6. Mudah memaafkan - Part ni memang susah juga lah sikit nak buat. Kadang-kadang ada kesalahan yang orang buat dekat kita yang kita tak dapat nak terima. Yang menyebabkan nak memaafkan seseorang tu ambil masa yang lama. Tapi takkan dengan kesalahan yang dia buat, kau lupa segala kebaikan dia pada kau? Memang susah nak buat, tapi atleast kau cuba. Bila kau tak maafkan orang, apa yang kau dapat? Tampar pipi, tanya diri tu. Heh


Okaylah. Aku bagi tips banyak-banyak jemu pulak nak baca nanti karang. haha. Apa yang aku nak cakap, hargai orang yang hargai kau. Ada yang datang , ada yang pergi. Ada yang still stay dalam hidup kau, ada yang dah keluar. So, just jadi yang terbaik pada orang memerlukan kau dan hargai kau.


Saturday 14 November 2015

" My fight song "

Assalamualaikum w.b.t

Aku nak cakap yang aku masih cuti lagi weii. Lagi 2 minggu sahaja lagi yang tinggal. Aku tahu korang tak kesah pun, aku sahaja yang melebih. Itu ini semua nak cerita. Padahal orang dah annoying dengan kau alia oii. Heh. Aku tak kesah sangat la apa orang nak cakap, nak fikir, selagi aku masih buat perkara yang tak bertentangan dengan syariat dan di jalan lurus, takkan nak melatah dan touching lebih-lebih kan. Gituu. Kau dah besar alia. Kalau asik nak amek peduli hal remeh temeh yang orang duk membebel, omongan kosong yang bertali arus, nanti diri sendiri yang ting tong pula nanti. Dengar apa yang orang cakap, baikilah apa yang tak elok pada diri kita, semua tak sempurna apatah lagi manusia yang hati berbolak balik, mulut kekadang terlepas cakap, kekadang nak ter emo semua. Kau nak expect semua manusia sempurna?
*mengoyakkan senyuman sumbing*

Walaupun kadang-kadang kau nak sesuatu tu berjalan dengan smooth se smooth yam smoothies coolblog ( telan air liuq ) akan ada juga masalah yang kau kena hadapi, sama ada daripada masalah sebesar-besar rumah banglo idaman kau hingga lah sekecik-kecik pasir di lautan. Akan ada juga masalah. Walaupum kau pandang seseorang tu bagus di mata kau, baik belaka di hadapan kau, kau pernah terfikir tak macam mana dia nak sentiasa baiki diri dia jadi yang terbaik untuk seseorang yang dia sayang. Jangan kecikkan skop untuk sesorang yang kau sayang tu untuk kekasih ye, Makan kasut aku, kau nanti. Heh. Maksud aku untuk keluarga kau, kawan-kawan kau, orang sekeliling kau. Kau pernah nampak tak macam mana dia selalu nak meng aurakan diri dia supaya jadi lebih positif supaya orang-orang disekeliling dia dapat juga manfaat dengan kehadiran dia. Ye, mungkin ada pernah nampak. Mungkin ada yang tak. Yang tak pernah nampak tu lah yang selalu menjadi seseorang yang menjatuhkan orang lain. Kenapa aku cakap gitu? Aku cakap macam tu sebab kau selalu nak yang terbaik dari seseorang. Bila dia tersilap sikit, kau cemuh dia bagai nak rak. Kau nak terbaik tapi  kau tak nak jadi yang terbaik. Contohla, aku bagi kau secret recipe, tapi kau bagi aku racun. Adil ke? Jangan nak menangis tersedu-sedu pulak nanti kalau kena kat muka sendiri. Apa omputeh cakap, "what you gives, you get back". Heh

Post aku kali ni, aku nak cakap pasal " My fight song ". Bukan nak menyanyi untuk kau ke apa ke. Aku kalau dah start menyanyi , memang aku takkan berhenti dah. Lepastu kau akan serik dan mimpi ngeri dengar suara aku. Hah Aku selalu cakap dekat diri aku, kalau aku rasa down, rasa sedih dan sampai hati dah tak ada rasa perikemanusiaan. heh aku akan cakap "Turn on your fight song alia!" Bukak lagu yang macam kau nak berlawan dengan seseorang. Tapi sebenarnya kau berlawan dengan diri kau sendiri. Kau nak kembalikan semangat kau yang dah hilang. The best song is Al-Quran, I admit it. Kau dengarlah tiap-tiap pagi dan sebelum tidur. Secara tak langsung kau akan hafal sikit-sikit ayat Al-Quran tu, betul tak. Lepastu, masa tak ada mood ke apa ke carilah lagu-lagu yang dapat kembalikan senyuman kau yang telah hilang. Kalau aku, aku buka lagu ofkos rock kapak. Biar bergoncang-goncang sikit kepala aku. Okay. Tu propa. Haha Aku tak tahu citarasa korang, carilah lagu yang telinga kau suka. Heh Aku selalunya cari lagu yang lirik dia membangkitkan semangat aku. Kadang-kadang bila dengar lagu, macam ada orang bagi nasihat dekat kita la. Masa kita tengah bad mood, memang pantanglah nak dengar nasihat orang bagai kann. Hati, telinga semua dah ketegaq taknak dengar orang bagi nasihat. So, the best way untuk kembalikan semangat, hilangkan rasa bad mood yang asik nak marah orang tu, dengarlah lagu yang bagi impak yang positif dalam hidup kau. Gituu. 

Kembalikan semangat diri kau. Bangkit. Bangkit. Kau layak bahagia.
Ada orang bagi ayat ni dekat aku, aku nak berkongsi dengan korang sebab maksud ayat ni mendalam sangat sedalam lautan Hindi, heh ( Terima kasih awak! ) "Jangan biarkan hari semalam mendera hari esok."
Jom sama-sama berpositif hari-hari okay!

Kita sama-sama jadi yang terbaik. Biar kita tak femes di dunia, tapi sentiasa disebut di atas sana.

Dalam diri yang sentiasa berpenat lelah,
Akan ada yang selalu melakukan salah,
Tak salah kalau kita nak beralah,
Beralah bukannya bererti kalah.

Terima kasih sudi baca!

Friday 13 November 2015

"Self-confident"

Assalamualaikum w.b.t

Cuti lagi weii. Lepas dah buat kerja -kerja rumah semuanya, aku tak tahu nak buat apa. Aku bukan jenis yang kaki berjalan. Untuk mengelakkan aku buang masa yang berharga, baik aku melepak dengan korang. Membebel sorang-sorang dan orang lain just baca apa yang kau tulis, itu merupakan perasaan yang paling woww la. Orang tumpu kat kau je kan. Walaupun nampak macam meroyan lah jugak sebab membebel sensorang. Tapi tak apalah. Heh Kau akan nampak aku selalu update blog aku ni ye buat masa ni. Mungkin akan membuatkan korang rasa menyampah gila kat minah sorang ni . Semua benda nak cerita. Kau nak rasa apa pun, rasalah ye. Aku tak mampu nak halang perasaan korang dan perasaan aku ni yang membuak-buak nak menulis setiap masa walaupun dalam penulisan aku ni tak ada isi langsung dan lebih kepada merepek je. Heh Aku suka buat apa yang aku suka. Kalau ada masalah apa -apa dengan aku, meh jumpa depan-depan. *kepal-kepal penumbuk* 

Tadi aku ada dapat feedback seseorang yang dah baca artikel yang lepas tentang jahit menjahit tu. Aku bukan nak berlagak bagus ke sampai nak tulis blog dan bagi nasihat kat orang. Tu bukan aku. Aku menulis pun sebab semangat dari abah aku yang nak sangat aku menulis novel. Tapi aku sedar diri aku, aku suka sharing. Apa yang baik-baik aku cuma share. Aku belum terbukak hati lagi nak menulis novel. Tapi apa-apa pun, akan tiba masa tu. Bila dia bagi feedback gitu, aku nak cakap apakan just terima kasih lah sudi baca. Lepas ni habis lah abah dan umi akan jumpa blog aku ni. *hai abah ! hai umi ! * Haha. Okay,Yang baik-baik amik. Yang buruk-buruk tu janganlah cepat nak mengutuk. Nanti muka kau berkerutuk baru kau tahu. Heh

Baiklah. Harini aku nak berkongsi dengan korang tentang self-confident iaitu keyakinan diri. Aku dari dulu memang keyakinan aku paling rendah sekali. Aku selalu rasa yang aku tak boleh nak buat tu, aku tak boleh nak buat ni dan bila aku tengok orang lain lebih daripada aku, aku mulalah rasa tak selamat, orang putih cakap insecure. Haa gitu Bukan dengki. Dengki tu lain ye. Haip. Nak dijadikan cerita bila aku start masuk UiTM ni, aku masuk masa umur aku 20 tahun. Sebelum ni aku belajar dekat MMU.Heh Batch aku kebanyakan nya 19 tahun je la kan. Memang akan ada yang memperlekehkan aku. Memang akan ada yang pandang serong dekat aku. Kalau kau jadi aku, kau nak buat apa? Hormat diorang, diorang akan hormat kau. Jaga perasaan mereka kalau nak hati kau terjaga. Alhamdulillah la dikurniakan adik-adik classmates yang ohsem semuanya. Bagi semangat antara satu sama lain. Kalau korang baca ni, akak just nak cakap, akak sayang korang dan terima kasih untuk semuanya. *lap hingus. Heh. Adik aku punya kawan pun ada yang jadi kawan aku. Terharu aku.  Apa yang aku nak cakap , jangan pandang rendah dekat diri sendiri. Kita ada keunikkan kita sendiri. Jadi diri sendiri okay. 

Macam mana nak tambah keyakinan diri ? Haa. Aku ada lagi pengalaman nak kongsi dengan korang. Masa Part 1, aku amik koku kesatria negara dan ada pemilihan nak jadi komander la kan. Time tu aku cabar la diri aku yang selama ni asik tak yakin je kan. Masa pemilihan tu ada 50 perempuan, yang dia nak just 30. Waktu pemilihan tu kena lari keliling UiTM, aku larilah bagai nak rak , tudung terbang terbang macam bendera berkibar uoollss. Okay tu propa. Haha. Akhirnya, alhamdulillah aku antara yang 30 tu. Nak jadi komander ni dia kena jalani satu kem ni waktu cuti sem. Aku pun yakinlah yang aku ni boleh buat. Tapi, Umi tak kasi melihatkan fizikal aku ni. Aku redho je lah. Ada jugak pengalaman. Heh Apa-apa pun keyakinan diri tu yang penting. Dapat tak dapat belakang cerita. Pengalaman yang lain pulak, aku kan amik kesatria masa Part 2 dan Part 3 akan ada kem dan mendaki gunung ye. Kau macam tak tahu aku kan, nak daki gunung tu aku rasa macam down sikitlah takut fizikal dan mental aku tak bersedia. Masa Part 2, aku daki Gunung Muntahak dekat johor. Memang adventure giler la. Nak berjalan masuk dalam hutan tu amik masa 2-3 jam. Yang paling syok kat situ ada air terjun je. Kemudahan takdok ye. Nasib perut aku tak meragam, Heh. Masa nak mendaki tu dan turun gunung tu aku berserah je. Apa-apa boleh jadi kan. Alhamdulillah semua selamat. Masa Part 3, aku daki bukit kat teluk gorek, Mersing. Panjat memanjat ni semua dekat Johor sebab aku belajar kat johor. Heh Apa-apa pun yakin dan berdoa banyak-banyak. Memang best hiking ni. Kau dapat menikmati pemandangan yang indah. Nanti aku nak ajak laki aku daki gunung lah setiap hujung minggu. Haha

Pengalaman terakhir sekali ialah aku masuk pertandingan penulisan esei. Bila aku cerita ni kau janji jangan gelakkan aku tau. Macam ni. Aku memang obses sangat menulis sampai satu tahap aku akan cari pertandingan menulis dekat intenet. Masa tu aku carilah. Tetiba terjumpa pertandingan menulis esei dalam bahasa jawi. Aku pun bertungkus lumus lah siapkan esei takut tak sempat. Abah dan Umi bagi semangatlah kan. Dah hantar semua. Aku tengoklah tarikh due date nye bila takut dah lepas ke apa kan. Bila tengok, terjelopok aku jatuh atas lantai. Pengsan. Okay. Tu propa. Haha. Frust weii, tarikh due date dia dah lepas. 2 bulan yang lepas. Nasib baik diorang bertimbang rasa, dapatlah jugak aku sijil. Dah dah la tu. Jangan gelakkan aku. *nages  Moral of this story, jangan terlalu confident sangat. Nak confident tu boleh tapi berpada-pada. Kalau tak, nasib kau macam aku ni haa. Heh

Nak tingkatkan keyakinan dalam diri kau ni, kau kena sentiasa positif dan bagi peluang dekat diri kau untuk buat sesuatu tu. Kalau kau tak cuba, macam mana kau nak tahu kemampuan dalam diri kau dan macam mana nak dapat hasil. Kalau kau terconggok je dekat situ, pi mai, pi mai, tang tu jugak weii. Tak kesah lah apa orang nak kata. Kalau kau suka menulis, menulis lah bagi orang baca. Kalau kau suka menyanyi, menyanyi lah bagi orang dengar, walaupun sumbang, Heh. Kalau kau suka makan, makanlah dan belanjalah aku, Eh. haha. Bila kau selalu ke depan, kau akan dapat hasilnya daripada apa yang kau buat, kalau kau selalu di belakang sahaja, kau terimalah hakikat bahawa kau tu tak suka dengan kemajuan. Aku tahu kau boleh. Bolos saja dinding itu okay ! Heh

Terima kasih sudi baca !

Thursday 12 November 2015

"Stitches"

Assalamualaikum w.b.t

Waktu - waktu cuti ni lah aku cuba isi sebaik-baik masa untuk meluangkan masa bersama korang. Hargailah masa bersama orang tersayang. Korang lah salah seorang daripada mereka. Gitu. Sweet ke idok aku ni? *tutup mulut* Heh Aku tahu korang meyampah dengar ayat cliche macam tu kan. Aku takut korang tersayang terlebih lebih kat aku pulak nanti. Susah aku nanti. Tak pasal-pasal di sana menanti, disini menunggu. Dah. Jangan mengutuk aku ! *emo*

Sebenarnya tadi idea mencurah-curah nak berkongsi dengan korang. Bila berdepan dengan korang, Terketar pulak kepala lutut aku. Menggigil jari manis aku. heh. Okay. Sebenarnya aku nak berkongsi dengan korang pasal "stitches". Tu bahasa omputehnya lah. Kalau dalam bahasa melayunya ia dipanggil jahitan ye adik-adik. Aku tahu korang mesti cakap buang tabiat apa nak cakap pasal jahitan bagai. Aku tahulah jahitan tu ada banyak jenis, insang pari, dan ikan-ikan yang lain la. heh. Ye. Aku tahu korang lagi pro dari aku walaupun aku ni perempuan. *nages* Last aku belajar pasal menjahit, buat pola semua tu masa Tingkatan 3. Sekarang ni aku dah 21, dah 8 tahun aku tinggalkan. Memang malang lah nasib kau kalau nak aku ajarkan. Tunggu aku ada lesen menjahit dulu ye. Kalau setakat nak mintak tolong aku jahitkan lencana sekolah tu aku pass lah. heh

Aku guna perkataan jahitan ni sebab bila kita guna untuk pakaian, kita panggil kita jahit baju bagaikan. Kalau baju, seluar terkoyak, kita jahit. Kalau bibir terkoyak, kita jahit. Apatah lagi kalau kita bercakap soal hati kan. Kalau hati terkoyak, kita kena jahit jugak. MESTI. WAJIB. Kalau kita nak pakai sesuatu benda tu dengan lama, kita kenalah baiki nya supaya ia mampu berfungsi atau beri faedah untuk kita kan. Jadinya, untuk hati jugak, kita kena jahit. Bila kita bercakap soal perasaan, perasaan tu datang dari hati. Hati tu kita kena jaga woii. Bila perasaan tu terluka, hati kita terkoyak. terkoyak dan terkoyak lagi. Kau kena sentiasa jahit dengan pujuk la diri sendiri. Biar hati tu sentiasa sejuk, segar dan sentiasa positif setiap hari okay. 

Aku cakap sebab aku jugak rasa apa yang kau rasa. Kita kan berkongsi perasaan yang sama. Tak gitu. Eh. Jadinya, cuba kawal perasaan. Aku tak mampu nak kawal perasaan kau melainkan kau sendiri. Kau dah pro tentang diri kau. Kau tahu selok belok macam mana nak pujuk diri sendiri kan. Dah besar semuanya kan, tapi belum tentu kematangan mengatasi segalanya. Ye. Aku tahu. Nak jadi matang ni. kau kena memahami persekitaran kau, muhasabah diri dan ofkos lah baca buku banyak weii! 
InsyaAllah kau matang terang tang tang tang. haha  japppp. dengan izinNYa okay. 

Yang mana terluka,
Janganlah berduka,
Aku akan sentiasa ada,
Disaat kau nak mengada. 
heh

Terima kasih sudi baca !